Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 15, 2017

LELAKI TERPERANGKAP DALAM MESIN ATM


Lelaki terperangkap dalam mesin ATM


Texas - Seorang lelaki terperangkap dalam sebuah bilik yang bersambung dengan sebuah mesin ATM, minggu lalu.

Menurut laporan CNN, mangsa sedang membaiki kunci pintu bilik berkenaan ketika kejadian berlaku.

Mangsa juga tertinggal telefon bimbitnya dalam keretanya dalam kejadian Rabu lepas berkenaan.

Tanpa ada sesiapa untuk membebaskannya, mangsa terpaksa menulis sebuah nota dan mengeluarkannya melalui mesin ATM.

Pelanggan mesin ATM yang menemui nota berkenaan kemudian memberikan nota tersebut kepada polis, menyangka ianya satu bahan lawak.

Polis kemudian memeriksa mesin ATM tersebut dan mendengar suara mangsa meminta bantuan.

Pintu bilik yang menghubungkan mesin ATM tersebut terpaksa dipecahkan untuk membebaskan lelaki tersebut.


0 comments:

share2