Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 29, 2017

[KUANTAN] DUA LAGI MANGSA TANGKI AIR PECAH KOMPLEKS TERUNTUM MENERIMA WANG EHSAN





Dua lagi mangsa peristiwa tangki air pecah di Kompleks Teruntum menerima wang ehsan berjumlah RM4,000.00 setiap orang daripada Badan Pengurusan Bersama Kompleks Teruntum (JMB).

Wang ehsan disampaikan kepada mangsa kanak-kanak  Nur Aliah Maisarah Nor Akmal, 8, dan Ahmad Aisy Ammar, 3, anak pasangan guru Nor Akmal Nordin, 39, dan isteri, Zahidah Zakaria, 38 oleh Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Dato’ Shafik Fauzan Sharif.

Bapa kepada kanak-kanak, Nor Akmal berkata, Nur Aliah Maisarah mengalami kecederaan pada bahagian mulut iaitu gigi dan gusi sehingga menerima beberapa jahitan.

Manakala  Ahmad Aisy Ammar  mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan menerima lima jahitan.

Dato’ Shafik berkata berkata, wang ihsan tersebut adalah bantuan segera kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian sebelum penilaian insurans siap sepenuhnya.

Difahamkan kali terakhir pihak pengurusan kompleks berkenaan menukar tangki air itu ialah kira-kira 15 tahun lalu.

Kompleks itu dibuka pada Januari 1980 dan mempunyai 21 tingkat dengan 3 daripadanya dikhususkan sebagai premis perniagaan manakala selebihnya adalah ruang pejabat.


         

0 comments:

share2