Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 12, 2017

JUTAWAN KAPAL TAWAR DIRI JADI PRESIDEN SINGAPURA





Singapura – Dengan Pilihan Raya Presiden hanya berbaki dua bulan lagi, Farid Khan Kaim Khan, dengan rasminya mengumumkan hasratnya untuk menjadi calon pilihan raya tersebut hari ini.

Dalam sidang media di Village Hotel Changi, beliau mengisytiharkan “memutuskan untuk memenuhi hasrat dan kepercayaan orang ramai dengan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden yang diperuntukkan bagi kaum Melayu”.

Farid Khan, yang berketurunan Pakistan dan Arab, merupakan pengerusi syarikat perkhidmatan marin, Bourbon Offshore Asia dengan mengendalikan lebih 500 kapal pada 2016 dan mempunyai 9,300 kakitangan di 45 negara.

Media tempatan namun melaporkan, apabila ditanya mengapa beliau menyifatkan dirinya layak dianggap sebagai calon bangsa Melayu, sedangkan mengakui sebagai berketurunan Pakistan. Ini jawapan daripada beliau:

“[Saya] memang lahir di kampung Melayu, Geylang Serai, (nak) macam mana lagi? Sanak saudara kahwin orang Melayu. Adat istiadat, orang Melayu. Hari Raya, kita cakap ‘Hari Raya’, bukannya kata ‘Eid Mubarak’.

“Jadi di situ, kita bekerja pun dengan orang Melayu. Di sekeliling kita, di masjid, di pusat-pusat kebajikan, semuanya orang Melayu. Jadi susah untuk kita hendak cakap kita bukan orang Melayu.”

Ekoran pindaan kepada Pilihan Raya Presiden, penggal kali ini telah diperuntukkan bagi calon-calon berbangsa Melayu. Perubahan lain termasuk pindaan had kriteria kelayakan calon yang kini adalah lebih ketat.

Contohnya, calon dari sektor swasta harus mengetuai firma dengan ekuiti minimum S$500 juta. Belum jelas lagi jika Farid Khan menepati kriteria itu, meskipin difahamkan Bourbon Offshore Asia ada ekuiti lebih S$400 juta.

Mengulas lanjut, beliau ingin melakukan tanggungjawabnya kepada negara dan berasa bimbang tentang ancaman radikalisme: “Jika dipilih, saya akan bekerja rapat dengan pemerintah dan organisasi lain menyelesaikan isu ini.”

Malahan menyentuh masalah pengganasan, Farid Khan berkata ia bukanlah masalah Singapura sahaja, tetapi masalah dunia dan berkata: “Kita tidak boleh elak. Kita boleh sembunyi, kita boleh begini, tapi kita tidak boleh elak.




“Ini masalah komuniti kita, masalah yang besar, bukan masalah yang kecil. Saya pernah pergi ke negeri-negeri lain dan melihat sama masalahnya, lebih parah lagi. Di sini kita sangat berterima kasih kepada pemerintah.

“Ini kerana kita dapat tangani masalah ini supaya jangan merebak. Jadi saya fikir saya boleh bantu, kerana pengalaman saya di Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina pun, saya rasa saya ada banyak yang saya boleh bantu.”

Farid Khan juga mengatakan isu lain yang dekat di hatinya termasuklah mengukuhkan lagi kepercayaan orang ramai tidak kira bangsa dan agama selain meningkatkan usaha untuk bantu golongan memerlukan dan belia yang berisiko.

Beliau juga percaya bahawa nilai-nilai yang perlu ada pada seorang presiden repubik berkenaan termasuklah orang yang berwibawa, bebas daripada kongkongan mana-mana pihak dan tiada kaitan dengan parti politik tertentu.

Hasrat beliau untuk menjadi calon pertama kali dizahirkan semasa empat penyokongnya, termasuk aktivis bernama Borhan Saini, dilihat mengambil borang pendaftaran dari Jabatan Pilihan Raya Singapura bagi pihaknya.

Mereka ketika itu bagaimanapun enggan memberitahu media untuk siapakah borang tersebut bakal diisi, tetapi memberitahu calon presiden berkenaan berusia awal 60-an dan pengerusi sebuah syarikat antarabangsa.

Farid Khan juga adalah pengasas sebuah syarikat operasi dasar laut, Bumi Subsea, yang mengkhususkan kenderaan dasar lautan kawalan jauh dan unit penyelaman bagi industri gas dan minyak di lautan terbuka.

Singapura pernah memiliki seorang presiden bangsa Melayu, Tun Yusof Ishak yang asalnya merupakan gabenor kedua sebelum dilantik sebagai ketua negara ekoran pemisahan republik itu daripada Malaysia pada 1965.

Allahyarham menjadi presiden sehingga meninggal dunia pada 1970 dan selepas itu tiada lagi individu Melayu yang pernah menjadi presiden sehingga mencetuskan perasaan kecewa daripada etnik pribumi tersebut sendiri.

Turut disebut-sebut bakal bertanding dalam pilihan raya presiden kali ini ialah Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob yang juga bekas peguam dan pernah menjadi anggota Kabinet,


0 comments:

share2