Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 7, 2017

[JENGKA] 58 RUMAH TERJEJAS DIPUKUL RIBUT


58 rumah terjejas dipukul ribut


Sejumlah 58 buah rumah terjejas akibat dipukul ribut yang melanda Felda Jengka 8, di sini, kira-kira jam 7 malam, kelmarin.

Ketua Peneroka Jengka 8, Saharin Othman, 56, berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak tujuh buah rumah ranap dengan kerosakan teruk hampir 80 peratus.

Menurutnya, turut dinaiki air adalah bangunan awam seperti sekolah, pejabat, dewan orang ramai dan masjid Jengka tersebut.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Wakil Felda telah mengadakan lawatan serta merta dan  semalam. Mereka akan datang semula untuk memberikan bantuan kepada peneroka di sini.

"Manakala tujuh rumah yang ranap telah pun dibaiki oleh penduduk di bawah bantuan Tabung Bencana Felda. Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada JKM serta Pegawai Daerah Maran, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha yang sudi menziarahi penduduk sejurus selepas kejadian," katanya ketika ditemui di Pejabat Felda Wilayah Jengka di sini, semalam.

Beliau hadir menyerahkan rekod kerosakan dan kerugian penduduk untuk rujukan pihak Felda bagi meringankan beban peneroka.

"Malam selepas kejadian kita anggarkan beberapa belas buah rumah sahaja, pagi ini ramai penduduk hadir membuat laporan dan saya serta wakil setempat telah mengadakan tinjauan ke rumah-rumah penduduk untuk laporan lengkap.

"Esok Insya-ALLAH kita tengok macam mana. Sempena Aidilfitri ini mudah-mudahan ada berita gembira buat penduduk yang ditimpa bencana," katanya.


0 comments:

share2