Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 21, 2017

IBU RAYU BANTU CARI AQMAL


 Aqmal Khaleq


Kuala Lumpur - Seorang ibu merayu orang ramai untuk membantu mengesan anak lelakinya yang dikatakan hilang sejak petang semalam, selepas keluar dari asramanya di Tahfiz Al Aziziah, Keramat.

Ibu mangsa, Nor Laily Zakaria, 38, berkata, anak sulungnya, Aqmal Khaleq itu tidak pulang ke asramanya selepas dipercayai keluar bersama seorang rakan asramanya.

Menurutnya, dia yang dimaklumkan kejadian oleh suaminya selepas menerima panggilan dari pihak asrama mengatakan anaknya berusia 11 tahun itu tiada ketika Solat Zohor.

"Sebelum itu kira-kira jam 12 tengah hari, warden mengarahkan semua pelajar untuk rehat sebelum solat Zohor. Sejam kemudian anak saya itu tiada di dalam 'dorm' dan awalnya menyangka mungkin dia telah ke surau dahulu.

"Tapi, selepas solat Zohor, ustaz telah memaklumkan kepada warden asrama bahawa Aqmal dan rakannya itu tidak ada," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, dia yang telah menerima makluman tentang kejadian terbabit kemudian mencari anaknya di beberapa kawasan di Kuala Lumpur iaitu KLCC, Keramat dan Setiawangsa, selain memaklumkannya pada keluarga terdekat untuk mencari.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Setiawangsa dan tunggu untuk tindakan lanjut.

"Kita tak tahu cerita sebenar bagaimana ianya terjadi dan saya rasa ini bukan kes culik. Aqmal sudah tiga tahun di asrama itu dan setakat ini tiada sebarang masalah yang ditimbulkannya.

"Setakat ini kami sekeluarga tidak ada menerima sebarang maklumat penemuan anak saya lagi dan berharap Aqmal akan ditemui," katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 010-221 2342 atau suaminya, 012-326 2629.


0 comments:

share2