Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 28, 2017

DENDAM POLITIK BUKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA




Baru-baru ini media melaporkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad , bekas perdana menteri, akan bertanding di kawasan Parlimen P.85 Pekan, selaku Pengerusi Pakatan Harapan, melawan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Najib dipilih sebagai wakil rakyat Pekan pada pertama kalinya pada tahun 1976, pada usia 23, dengan sokongan hebat daripada pengundi Pekan, menggantikan bapanya, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang Kedua.

Sejak itu, sehingga sekarang, Najib telah menangi kerusi Parlimen Pekan dan menjawat pelbagai jawatan dalam Kabinet .Beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr. Mahathir Mohamad pernah menyandang jawatan yang paling tinggi di Malaysia, Perdana Menteri, selama 22 tahun dan telah menikmati pelbagai kemudahan dan ganjaran dengan menjawat jawatan tersebut.

Menurut catatan sejarah politik UMNO, Tun M pernah dibuang daripada UMNO pada 26 September tahun 1969 oleh Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tun M di pecat kerana mendakwa Tunku, selaku perdana menteri, gagal membela kepentingan Melayu dan dengan itu mendesak Tunku letak jawatan.

Namun, Tun Razak, ayahnda Najib, yang mengambil alih kepimpinann parti dan kerajaan daripada Tunku , kutip Tun M masuk semula UMNO pada 7 Mac 1972 dan terus lantik beliau sebagai Senator pada tahun 1973.

Tun M bertanding bagi kerusi parlimen Kubang Pasu pada tahun 1974 dan dilantik sebagai menteri pelajaran oleh Tun Razak. Sejak itu, kerjaya politik Tun M menyinar, berlangkah ke hadapan dalam politik UMNO, dilantik sebagai Presiden UMNO dan sekaligus perdana menteri Malaysia sehinggalah dicabar oleh Tengku Razaleigh pada tahun 1987. 

Dalam pada itu, rakyat Malaysia masih ingat pemilihan parti UMNO pada tahun 1987 di mana Tun M dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO.

Pelbagai pihak meramalkan Tengku Razaleigh akan menang dalam pemilihan tersebut. Namun, Tun M dipilih semula sebagai Presiden UMNO dengan margin yang sempit iaitu kelebihan 43 undi daripada Tengku Razaleih.


Tun M memperolehi 761 undi, manakala Tengku Razaleigh memperolehi 718 undi. Para penganalisis politik dan media ketika itu melaporkan bahawa Tun M dapat mengalahkan Tengku Razaleh kerana sokongan Najib Tun Abbdul Razak, beralih kepada Tun M pada saat –saat terakhir. Najib, selaku pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan ketika itu, membuat keputusan untuk menyokong Tun M.

Najib selamatkan Tun M daripada ditumbang oleh Tengku Razaleigh dariapada jawatan Presiden UMNO malah Perdana Menteri Malaysia. Bahkan Najib dilaporkan menyokong dan akur kepada Tun M dalam kerjaya politik Tun M, serta segala keputusan dan tindakan Tun M sejak beliau menyertai UMNO.

Namun, pada hari ini , Tun M kelihatan tinggalkan UMNO malah sekongkol dengan parti DAP, sebuah parti politik yang berniat dari dulu lagi untuk menjatuhkan UMNO, sebuah parti mewakili kepentingan kaum Melayu malah tidak habis-habisan berjuang untuk menegakkan kuasa politik Melayu di Malaysia.

Tun M, yang pernah menyatakan Melayu muda lupa, kini kelihatan sudah lupa jasa-jasa keluarga Tun Razak kepada beliau dan negara. Malah sebahagian besar peserta yang hadir forum anjuran Kelab Bangsar Utama baru-baru ini di Kuala Lumpur melahirkan kekecewaan dan tidak bersetuju Tun M mengetuai Pakatan Harapan.

Apakah kaum Melayu yang berpatuh kepada amalan budaya seperti rasa shukur dan hutang budi, sudap lupa sumbangan Tun Razak dan anakanda Najib kepada kerjaya politik Tun M? Bukan kah hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati menjadi amalan hidup kaum Melayu secara turun temurun?.


0 comments:

share2