Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 26, 2017

AKAUNTAN MALAYSIA JUARA MASTERCHEF AUSTRALIA 2017





Seorang akauntan dari Malaysia, Diana Chan menjuarai program realiti masakan popular, Masterchef Australia 2017 yang merupakan musim kesembilan bagi produksi tersebut.

Episod finale rancangan tersebut disiarkan malam tadi di seluruh Australia, memaparkan Diana menewaskan pesaingnya, Ben Ungermann dalam pertarungan penuh ‘berapi’ itu.

Dengan kemenangan itu, Diana berjaya membawa pulang sebuah trofi, wang tunai A$250,000 (RM848,522) dan mempunyai kolum tulisan sendiri dalam majalah masakan terkemuka negara itu, Delicious. 

Diana mempesonakan juri pertandingan dengan menyediakan masakan sambal ikan yang diwarisi daripada resipi ibunya.

Wanita berusia 29 tahun ini dibesarkan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sebelum berhijrah ke Melbourne sejak 10 tahun lalu.

Diana mengulangi kejayaan serupa yang dimenangi juara Masterchef Australia musim kedua iaitu Adam Liaw. Adam merupakan anak jati Pulau Pinang yang turut merantau memulakan kerjayanya di negara Kangaru tersebut.


0 comments:

share2