Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 7, 2017

TH AKAN BINA KOMPLEKS HAJI DI MEKAH, MADINAH


TH akan bina kompleks haji di Mekah, Madinah


Kampar - Tabung Haji (TH) merancang mahu membina kompleks haji di Mekah dan Madinah bagi memudahkan urusan jemaah haji dan umrah Malaysia.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah memaklumkan cadangan Malaysia kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ketika pemimpin itu melawat negara ini, pada Mac lalu.

"Alhamdulillah, impian untuk menempatkan semua jemaah kita dalam satu tempat bakal terlaksana tidak lama lagi.

"Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika ini sudah berada di Mekah bagi meninjau dan mengenalpasti lokasi tanah yang sesuai sebelum perjanjian dimeterai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 1,000 penerima pada Program Ziarah Kasih Ramadan Al Mubarak Parlimen Kampar anjuran Yayasan Tabung Haji dan Umno di Kompleks Rakan Muda Kampar di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Abdul Azeez berkata, reputasi TH dan hubungan baik yang terjalin sekian lama antara Malaysia dan Arab Saudi, pembinaan kompleks berkenaan mungkin dapat dilaksanakan tidak lama lagi.

"Insya-ALLAH kita pasti (pembinaan kompleks) itu berlaku meskipun masih belum ada hitam putih dan masih dalam perbincangan.

"Kita sama-sama berdoa supaya ia berlaku dan saya selaku Pengerusi TH mengharapkan ia berlaku untuk kemudahan jemaah dari Malaysia," katanya.


0 comments:

share2