Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 11, 2017

PDRM BUAT ROMBAKAN BESAR-BESARAN


PDRM buat rombakan besar-besaran


Ipoh - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses melakukan rombakan secara besar-besaran melibatkan semua jabatan di Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, rombakan melibatkan peringkat atasan itu dijangka akan dilaksanakan selepas perayaan Aidilfitri.

Menurutnya, pertukaran di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah bermula melibatkan anggota di peringkat bawahan dan terdapat sedikit lagi pertukaran akan dibuat.

"Sebenarnya pertukaran dalam jabatan polis adalah perkara biasa tetapi sesekali ada juga yang luar biasa. "Pertukaran dalam bahagian narkotik sudah bermula dan bahagian yang mustahak telah pun kita buat rombakan.

"Tidak kurang 20 anggota dan pegawai narkotik terlibat dalam perkara ini," katanya pada sidang media selepas

Program Singgah Sahur Warga PDRM Perak bersama Ketua Polis Negara di Balai Polis Pekan Baru di sini, tadi.

Beliau berkata demikian susulan penahanan beberapa pegawai kanan dan anggota jabatan itu yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah di negara ini.


0 comments:

share2