Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 13, 2017

NGERI! KEMATIAN JUPE SUDAH DIRAMAL 3 TAHUN LALU





Kebanyakan daripada kita pasti tidak percaya dengan ramalan nasib, apatah lagi sebagai umat Islam kita dilarang percaya dengan perkara karut-marut dan hanya perlu berserah kepada qada’ dan qadar Tuhan.

Namun, dalam sebuah tilikan nasib yang dilakukan terhadap arwah Julia Perez atau Jupe, ternyata ramalan tersebut tepat dan agak menyeramkan!

Dalam sebuah video yang dirakam untuk sebuah program televisyen Pesbukers,pengakhiran hidup Jupe telah diramalkan oleh pasangan tukang tilik terkenal Indonesia iaitu Denny Darko dan Vina Candrawati– tiga tahun sebelum kematiannya!

Vina, yang dikenali dengan bakat melukis di atas pasir turut disegani kerana kebolehannya untuk meramal nasib seseorang melalui daun terup.

Proses penilikan itu itu dimulakan dengan mencabut sekeping kad daripada buku daun terup yang sudah dikocok.

Setelah dipilih, Jupe tidak dibenarkan untuk memberi sesiapa melihat kadnya.

Vina kemudiannya mengarahkan Jupe untuk memegang bahunya sambil menggambarkan di atas pasir tilikan tersebut.

Tiba-tiba, Vina menangis tersengguk-sengguk dan memanggil suaminya kerana tidak sanggup untuk memberitahu apakah ramalannya itu.


VINA MELUKIS RAMALAN NASIB JUPE YANG KELIHATAN SEPERTI AWAN MENDUNG DI LANGIT.


JUPE YANG PADA AWALNYA CERIA MULA KELIHATAN TAKUT DAN MEMERIKSA KEMBALI KAD YANG DIPILLIHNYA.


DENNY DARKO MENYAMBUNG TILIKAN YANG DIBUAT VINA SETELAH ISTERINYA TIDAK SANGGUP UNTUK MENJELASKAN APA YANG DILIHATNYA.

GAMBARAN TILIKAN AKHIR YANG DIBUAT OLEH DENNY MENUNJUKKAN SEORANG WANITA BERSAYAP DAN MEMEGANG PEDANG TUMPUL.


Pada saat ini, Jupe yang pada awalnya ceria serta-merta kelihatan risau dan meminta Vina menjelaskan maksud di sebalik kad yang dipilihnya.

Denny Darko pun muncul dan memberitahu apakah ramalan yang didapati isterinya itu.

Menurut Denny, wanita cantik yang digambarkan di atas pasir itu mempunyai segalanya namun sering melihat ke luar jendela mahligai mewahnya dan melihat awan hitam di luar.

Namun begitu, Denny tidak menjelaskan lebih lanjut jika wanita yang digambarkan itu mirip Jupe atau tidak.

Video ramalan itu kembali tular setelah pulangnya Jupe ke rahmatullah pada Sabtu, 10 Jun lalu setelah tiga tahun menderita penyakit kanser serviks.

Ramai yang berasa terkejut dan taksub dengan ketepatan ramalan yang dibuat oleh pasangan suami isteri itu, beberapa tahun sebelum aktres itu meninggal dunia


0 comments:

share2