Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 14, 2017

WEIGANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG


Weigang Raja Ahmad Zainuddin


Belum pun reda dengan rasa sedih atsas pemergian Allahyarham Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar minggu lalu peminat bola sepak tanahair khususnya penyokong bola sepak Perak sukan bola sepak Perak dikejutkan lagi dengan berita kematian bekas jurulatih skuad The Bos Gaurus dan skuad kebangsaan Karl Heinz Weigang, di Jerman, pagi semalam.

Weigang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Jerman.

Berita berkenaan disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Shahrul Zaman Yahya.

"Minggu ini adalah minggu yang menyedihkan buat bola sepak Perak apabila kehilangan dua lagenda.

"Selepas kematian bekas pengurus pasukan, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar Jumaat lalu, Perak kehilangan Weigang akibat serangan jantung di Jerman pagi tadi," katanya.


Weigang dan Raja Ahmad berpelukan setelah Perak muncul juara Piala Malaysia 2000 menewaskan Negeri Sembilan 2-0, di Stadium Shah Alam.


Sementara itu, Shahrul Zaman berkata setakat ini pihaknya tidak memiliki apa-apa rancangan seperti melawat keluarga mendiang atau sebagainya.

"Kita tunggu kenyataan daripada Datuk Seri Presiden," katanya.

Untuk rekod, Weigang adalah jurulatih asing paling berjaya di negara ini berikutan kejayaannya mengemudi skuad kebangsaan mara ke Olimpik Moscow 1980.

Bersama Perak pula, Weigang telah mencatat nama sebagai antara jurulatih paling berjaya apabila mengemudi skuad The Bos Gaurus itu muncul juara Piala Malaysia 1998, 2000 selain Piala Sumbangsih (1999).

Weigang juga dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab membantu skuad Liga Super Perak yang hampir terjerumus ke Liga Perdana musim 2014 lalu dan kemudiannya sekali lagi membantu skuad Seladang itu pada musim 2016.

Musim 2016, Weigang hanya mengendalikan pasukan pada sebahagian musim sahaja apabila kontraknya ditamatkan walaupun pada ketika skuad Kejor Yeop Skor itu berada pada tahap preatasi yang memuaskan.


0 comments:

share2