Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 28, 2017

LORONG ELEKTRONIK TAK TUTUP PERIUK NASI PEKERJA


plaza tol


Kuala Lumpur - Pelaksanaan penggunaan lorong elektronik di plaza tol tidak pernah menutup periuk nasi pekerja plaza tol.

Sebaliknya menurut Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi, pekerja tol yang biasanya bertugas di lorong tunai diberikan tugas dan tanggungjawab lain sejak penggunaan lorong elektronik dikuatkuasakan sepenuhnya di plaza tol.

“Kita ada banyak skop kerja lain selain daripada hanya mengutip kadar tol di lorong tunai. Misalnya kini pihak kami menempatkan pekerja dalam keadaan siap sedia bagi membantu mana-mana pengguna jalan raya yang mengalami masalah di lorong elektronik.

“Malah kami juga masih mengekalkan jurutol di laluan-laluan tertentu seperti lorong tambah nilai kad Touch N’Go dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pelaksanaan lorong elektronik secara keseluruhan di plaza tol, Sazally berkata, penggunaan sistem elektronik secara penuh seperti lorong SmartTag dan Touch N’Go sebenarnya dapat membantu mengurangkan kadar kesesakan jalan raya.

“Penggunaan lorong elektronik agak membantu mengurangkan kadar kesesakan jalan raya terutamanya bagi musim perayaan, di mana berjuta-juta kenderaan sedang berpusu-pusu keluar masuk bandar.

“Penggunaan lorong elektronik secara penuh membantu kelancaran trafik tiga kali lebih pantas daripada biasa. Namun saya nasihatkan pengguna agar mengisi penuh kad tambah nilai masing-masing dan pastikan kedudukan SmartTag diletakkan dengan betul sebelum menggunakan lorong elektronik.

“Ia membantu kelancaran perjalanan pengguna jalan raya terutamanya bagi yang mahu pulang ke kampung,” katanya lagi.


0 comments:

share2