Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 11, 2017

[KUANTAN] ACARA VISIT PAHANG CENTURY RIDE : SIDANG AKHBAR



Sempena memeriahkan  sambutan Tahun Melawat  Pahang 2017, Pejabat  Kementerian  Pelancongan   Dan  Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang mengesahkan akan menganjurkan  acara  "Visit Pahang Century Ride 2017" (VIPCR2017)   pada 9hb Julai 2017.

Exco Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang Dato' Sri  Mohd Sharkar  Shamsudin berkata acara ini adalah kesinambungan  bagi acara Kuantan Century Ride yang telah diadakan pada setiap tahun sejak 2013.

Acara kayuhan sejauh  167  km  ini akan  bermula  dan  berakhir  di  Bukit Gambang  Resort  City, Kuantan. Ia akan melalui jalan merentasi kawasan Felda dan perkampungan traditional dan air terjun di Maran.

Memandangkan acara kali ini berada dalam bulan Hari Raya Puasa, peserta-peserta akan turut merasai pengalaman suasana Hari Raya di perkampungan traditional.

Dato’ Sri Sharkar berkata pengurusan kayuhan tahun ini akan diuruskan oleh NGO berbasikal dan tidak mengambil keuntungan daripada pengurusan VIPCR 2017.

0 comments:

share2