Sekretariat Ngo Islam Negeri Pahang {SNIP) dan Pusat
Pengajian Pondok Negeri Pahang dan Tahfiz Negeri Pahang yang keseluruhannya berjumlah
50 gabungan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap
Warta Kerajaan Negeri 2016 berkaitan 'Tidak Dibenarkan Membidaah Dholalah
atau Menyesatkan Amalan Khilafiyah.'
Dalam sidang akhbar di Kuantan, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr
Abdul Rahman Osman berkata Seramai 36 penceramah termasuk yang bertauliah di
negara ini perlu meminta kebenaran pihak berkuasa agama di Pahang sebelum
menyampaikan ceramah di sini.
Menurut beliau, , pihaknya menerusi panel dilantik sedang
menyediakan senarai berkenaan sebelum diserahkan kepada Majlis Ugama Islam dan
Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
“Penceramah yang disenaraikan itu harus memohon daripada
Muip dan melalui proses tertentu seperti temuduga bagi mendapat kebenaran.”
“Sikap suka membidaah dholalah amalan khilafiyah sebenarnya
adalah bercanggah dengan Enakmen Kerajaan Negeri Pahang dan ianya juga adalah
cubaan menghapuskan amalan-amalan yang sekian lama diamalkan di Pahang dan juga
di istana Sultan Pahang dan menghina amalan kerabat Diraja dan kesultanan itu
sendiri. Mereka yang cuba menyebarkan fahaman Wahhabi di negeri ini sebenarnya
adalah petualang dan penderhaka terhadap institusi lstana dan Sultan di negeri
ini.” Kata beliau.
0 comments:
Post a Comment