Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 14, 2017

[JERANTUT] 15 KELUARGA TERIMA SUMBANGAN DARI KELAB JKV


15 keluarga terima sumbangan dari Kelab JKV


Kelab Warga Jerantut Lembah Klang (JKV) meneruskan Program Ziarah Ramadan buat tahun kedua.

Presiden Kelab Warga Jerantut Lembah Klang (JKV), Datuk Rozilan Salleh berkata, sebanyak 15 keluarga di empat buah kampung sekitar Jerantut menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian termasuk beras, gula, tepung, minyak masak, teh dan biskut disampaikan kepada keluarga miskin, orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal.

Sumbangan diagihkan dari rumah ke rumah di Kampung Bukit Rang di Pulau Tawar, Kampung Jerantut Feri, Kampung Lada dan Kampung Pulau Mansok oleh Presiden JKV, Datuk Rozilan Salleh.

Turut serta Setiausaha JKV, Ahmad Murad Idris dan AJK JKV, Ahmad Taufik Ismail, Amirul Hadi Hassan dan Fauzi Pilus bersama 20 ahli-ahli JKV.

Program kali kedua ini dibuat selepas program yang sama diadakan di beberapa kampung di Ulu Cheka di Jerantut tahun lalu.


0 comments:

share2