Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 8, 2017

UNTUNGLAH... JADI JUTAWAN DALAM MASA SEMALAMAN


Lynsi Snyder


Untunglah…Hanya dalam masa semalaman, Lynsi Snyder, menjadi jutawan selepas menerima 97 peratus saham dalam rangkaian makanan segera In-N-Out Burger setelah dia menyambut hari jadi yang ke 35.

Ini menjadikan Lynsi sebagai orang kaya dengan nilai harta dianggarkan sebanyak RM5.6 bilion dan ia merupakan bahagian akhir daripada harta yang diwarisi kepadanya.

Lynsi merupakan cucu kepada Harry dan Esther Snyder, yang merupakan pengasas kepada In-N-Out Burger di California

Dia terpaksa menunggu untuk mendapat semua saham terbabit sehingga Jumaat lepas, iaitu pada hari jadinya. Sebelum ini, Lynsi mewarisi pegangan saham sebanyak 50 peratus ketika berusia 30 tahun dan baki saham itu diberikan selepas usianya mencecah 35 tahun.

Pada 2010, dia dilantik sebagai presiden syarikat terbabit selepas empat tahun kematian neneknya, Esther. Sejak mengambil alih syarikat itu, In-N-Out telah meluaskan operasi sebanyak 30 peratus.

Kini, restoran makanan segera itu mempunyai lebih 320 cawangan di California, Texasm Oregon, Arizona, Nevada dan Utah.

Namun kekayaan yang dimiliki Lynsi itu turut membawa kepada sejarah hitam dalam hidupnya apabila berdepan dengan masalah bapanya, Guy Snyder yang ketagih dadah dan kegagalan perkahwinannya selepas berkahwin pada usia 18 tahun.

Gui, menjadi presiden syarikat berkenaan pada 1993 namun keluar masuk pusat pemulihan dadah sejak Lynsi berusia lima tahun. Bapanya juga mempunyai hubungan sulit hingga menyebabkan ibu bapanya berpisah ketika dia berusia 12 tahun.

Guy meninggal dunia pada 1999 akibat pengambilan dadah berlebihan ketika Lynsi berusia 17 tahun. Lynsi sendiri berkahwin sebanyak empat kali dan bercerai sebanyak tiga kali.


0 comments:

share2