Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 9, 2017

SEDIH UWAN TENGOK BARANG KEMAS, DUIT SEMUA HILANG'


'Sedih Uwan tengok barang kemas, duit semua hilang'


Kuala Pilah - “Badan Uwan lemah tidak berdaya, bila melihat sebuah beg berisi wang tunai RM2,500, seutas rantai leher dan dua bentuk cincin yang kesemuanya kira-kira RM11,000 hilang setelah rumah ini dimasuki pencuri."

Demikian luahan sayu Timah Naat, 82, menceritakan kes rumahnya di Jalan Bukit Kampung Gunung Pasir, yang dipecah masuk semalam.

Timah yang tinggal bersama suaminya, Alias Sulaiman, 87, hanya menyedari rumahnya telah dipecah masuk kira-kira jam 7 pagi semalam ketika ingin masuk ke bilik tidur untuk mengambil pakaian.

“Setiap malam, kami tidur di ruang tamu dan bilik tidur sememangnya tidak berkunci. Tetapi pagi semalam, suami ingin masuk ke dalam bilik namun mendapati telah berkunci dari dalam.

“Uwan berasa pelik kerana sebelum ini, pintu itu memang tidak pernah berkunci, sekadar tutup sahaja.

"Mujur bilik itu ada anak kunci dan bila buka sahaja pintu, Uwan sangat terkejut setelah melihat bilik itu dalam keadaan berselerak,”katanya ketika ditemui hari ini.

Susulan itu, Timah terus menuju ke arah tempat penyimpanan barang kemas dan duit lalu mendapati kesemuanya lesap.

“Bila Uwan ternampak pintu almari pakaian terbuka, Uwan terus menuju ke arah almari untuk melihat beg dipenuhi barang berharga.

“Ternyata beg itu telah hilang dan Uwan berasa gelap mata serta berasa sangat sedih kerana wang yang dikumpul untuk membeli ubat, sudah tiada,” katanya dalam nada sebak.

Katanya, hasil pemeriksaan seluruh bilik berkenaan mendapati besi tingkap telah dipotong dan terdapat dua keping cermin telah ditanggalkan.

“Pencuri itu masuk menerusi tingkap bilik, kemudian mengunci tombol pintu dari dalam dan keluar semula dari tempat yang sama.

“Uwan memang tidak sedar apa-apa kerana kami sedang nyenyak tidur, hanya menyedari setelah bangun jam 7 pagi,”katanya telah membuat laporan di balai polis Seri Menanti jam 10.58 pagi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superitendan Haslah Bachok mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


0 comments:

share2