Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 9, 2017

[KUALA KRAU] LAWATAN SEHARI MB PAHANG DI KUALA KRAU



Semalam, 8.5.2017 - Kira-kira jam 4.00 Petang, YAB Menteri Besar Pahang hadir dalam satu program penduduk kg Orang Asli Kampung Paya Sendayan, Kerdau dalam Majlis Ramah Mesra bersama penduduk.

Seramai lebih 2,000 orang penduduk Kg Orang Asli sekitar hadir dalam majlis berkenaan. YB Dato' Syed Ibrahim Adun Kerdau turut hadir mengiringi YAB Menteri Besar bersama-sama Ketua Pemuda UMNO Negeri Sdr. Sahar, Ketua Pemuda Indera Mahkota Sdr. Nara, YB Senator Dato' Isa, Pegawai Daerah dan Pegawai-pegawai agensi kerajaan lainnya termasuk Risda.

YAB Menteri Besar menyampaikan replika cek berjumlah RM1,875,154.48 serta dividen sebanyak RM300.00 tunai kepada 146 penerima setiap seorang manakala bakinya RM700.00 lagi akan dibayar terus ke akaun masing-masing.

Dalam ucapannya YAB Menteri Besar bersetuju meluluskan beberapa permohonan yang diajukan oleh Tok Batin Rashid serta beberapa permohonan spontan dari penduduk-penduduk kampung berkenaan.

Antara lain dalam ucapan YAB Menteri Besar, beliau berharap agak keamanan dapat dikekalkan di negeri ini dan kerajaan UMNO Barisan Nasional sejak dahulu lagi sentiasa memastikan keamanan negara dapat dikekalkan.

YAB Menteri Besar meluluskan bantuan kepada En. Rompin Bin Sibul yang rumahnya musanah dipukul ribut. Meluluskan peruntukan sebanyak RM20 ribu bagi membaik pulih bangunan Tabika. Meluluskan peruntukan sebanyak RM5 ribu bagi keperluan Tadika. Beliau juga menyatakan apa saja yang kerajaan mampu beri akan diberikan kepada masyarakat Orang Asli Kg. Paya Sendayan ini.

Permohonan spontan belia Kg Paya Sendayan yang memohon agar padang bola dan kot takraw dibaik-pulih juga diber perhatian oleh YAB Menteri Besar. Permohonan dari Linda Bt. Awang untuk mendapatkan mesin jahit juga diluluskan.

Sebelum itu, Batin Rashid dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa banyak individu dari parti-parti tertentu yang datang untuk tujuan memancing (undi dan sokongan Orang Asli) tetap beliau yakin bahawa anak buahnya akan tetap memilih UMNO Barisan Nasional kerana yakin pada perjuangan dan pembelaan yang ditunjukkan selama ini.

Majlis itu juga menyediakan beberapa hadiah cabutan bertuah. Antara hadiah utamanya adalah sebuah basikal 'Mountain Bike' serta sebuah TV LCD dan beberapa peralatan letrik.

Sejurus selepas itu, rombongan YAB Menteri Besar Pahang turut juga melawat rumah mangsa banjir 2014 yang juga dilanda ribut di Kg. Pulau Pasir Mandi. Malamnya YAB Menteri Besar hadir merasmikan  Majlis Pelancaran Jentera PRU14 dan JR PLUS Barisan Nasional Parlimen Kuala Krau di Dewan Terbuka Pusat Komuniti Parlimen Kuala Krau.

Hadir sama di majlis berkenaan adalah YB Dato' Sri Ismail Mohamed Said, YB Dato' Syed Ibrahim Syed Ahmad, YB Dato' Hj Wan Salman Wan Ismail, YB Dato' Sri Hj Mohamed Jaafar serta Barisan Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Kuala Krau dan kepimpina parti-parti komponen Barisan Nasional Kuala Krau.


0 comments:

share2