Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 8, 2017

'GEGAR' RESTORAN, SAMUN PEANGGAN, PEKERJA


'Gegar' restoran, samun pelanggan, pekerja


Ampang - Sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang bertindak ganas menyamun sebuah restoran di Taman Melawati, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, enam lelaki tempatan yang memakai topi keledar telah menyamun pelanggan dan pekerja di restoran terbabit.

Menurutnya, suspek yang bersenjatakan parang telah mengarahkan mangsa untuk menyerahkan barang berharga.

"Dalam kejadian singkat itu, suspek turut mengambil wang tunai dari peti tunai kedai berkenaan dan terus melarikan diri.

"Dianggarkan kerugian berjumlah lebih RM29,000," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa seramai lapan orang membabitkan tiga lelaki dan lima wanita.

Susulan itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah diambil dan siasatan masih dijalankan.

Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini tampil untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


0 comments:

share2