Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 14, 2017

TIDAK SALAH UMNO, PAS NAK KERJASAMA

 Tengku Razaleigh Hamzah



GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membayangkan tiada salah sekiranya kerjasama antara Umno dan Pas diwujudkan untuk mendepani pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, melihat kepada kecenderungan pemimpin kedua-dua parti, menerusi ucapan dan ulasan mereka, ia mirip kepada kerjasama terutamanya dalam hal berkaitan agama.

"Atas dasar kerajaan, ada sesetengah perkara disokong Pas. Jadi, apa salahnya kalau diwujudkan kerjasama di medan politik seperti PRU sekiranya ia tidak merugikan kedua-dua pihak.

"Tetapi, sama ada orang bawahan boleh terima atau tidak. Itu juga bergantung kepada pembahagian kerusi dan calon. Ini semua perlu diteliti oleh peringkat atas," katanya lagi.

Bagaimanapun, tambah Tengku Razaleigh, walaupun beliau tiada masalah dalam kerjasama itu, namun di peringkat bahagian (Gua Musang), tidak menyokong.

"Nak kata sokong, bahagian tidak menyokong. Namun, tak ada salah kalau bekerjasama termasuk dengan parti lain sekalipun, tiada beza untuk pilihan raya andai ia memberi manafaat kepada parti kita.

"Di Gua Musang misalnya, sekiranya ada kerjasama yang membawa kepada tiada pertandingan, ia tidak memberi faedah kepada pihak yang terlibat. Dari sudut lain, banyak lagi kena kaji," katanya lagi.

Terdahulu, Bersatu yakin Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk berdepan dengan Pakatan Harapan dalam PRU14 walaupun parti Islam itu sudah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerjasama Pas dengan Umno akan membawa kepada pembahagian kerusi pilihan raya antara dua parti terbabit dan perkara itu tidak diyakini boleh berlaku.




0 comments:

share2