Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 10, 2017

TAKTIK MENYOROK GAGAL


Taktik menyorok gagal


Ampang – Tindakan seorang penjenayah cuba menyorok di belakang kerusi ketika mencuri di dalam sebuah kenderaan gagal apabila diberkas sepasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di tempat meletak kenderaan di Taman Melawati, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, dua anggota URB dari Balai Polis Taman Melawati yang sedang membuat rondaan kira-kira jam 1.25 pagi pada ketikaitu menyedari cermin kanan di pintu belakang sebuah kereta telah pecah.

“Seramai empat lagi anggota URB kemudian datang ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

"Kita telah meminta suspek keluar dari dalam kenderaan tersebut untuk pemeriksaan lanjut.

"Suspek berusia 35 tahun itu gagal menunjukkan sebarang butir pengenalan diri,” katanya.

Beliau berkata, semakan ke atas suspek mendapati dia memiliki lapan rekod jenayah lampau.

“Kita turut menjalankan pemeriksaan terhadap badan suspek dan telah menjumpai beg kecil berisi duit syiling dalam poket seluar, empat keping duit RM1 dan dua pemutar skru,” katanya.

Menurutnya, menurutnya polis membawa suspek dan barang rampasan ke Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan lanjut dan siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak meletakkan barang berharga atau wang walaupun dalam jumlah yang kecil di dalam kereta, ia boleh dilihat oleh penjenayah dari luar yang berkemungkinan boleh menjadi tarikan dan perhatian mereka untuk melakukan jenayah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


0 comments:

share2