Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 22, 2017

SINGA LAUT TARIK BUDAK KE DALAM AIR


Singa laut tarik budak ke dalam air


Kanada - Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas selepas ditarik oleh seekor singa laut ketika melawat sebuah pantai di sini.

Kanak-kanak itu ditarik ke dalam air oleh singa laut ketika dia duduk melihat haiwan itu di Steveston Fisherman Wharf Richmond, British Columbia.

Michael Fujiwara yang dipercayai merakamkan insiden itu berkata, kanak-kanak itu diselamatkan oleh saudara mara dan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Dalam video tular berdurasi 55 saat itu, singa laut itu pada mulanya dilihat mendekati kanak-kanak itu dan ketika kanak-kanak itu duduk, haiwan itu terus menarik belakang baju kanak-kanak itu sehingga terjatuh ke dalam air.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Difahamkan, kanak-kanak itu dilihat ketakutan dan menjerit memanggil datuknya.


0 comments:

share2