Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 20, 2017

PUASA: AMALAN INI ADA SEJARAHNYA


Puasa: Amalan Ini Ada Sejarahnya


Dalam al-Qur’an disebutkan tentang perintah berpuasa: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (QS 2: 83).

Asal perkataan puasa berasal dari bahasa Arab, Shaum (jamaknya Shiyam) yang bermakna al-Imsak (menahan), sedangkan menurut istilah, puasa itu menahan diri dari makan dan minum serta semua yang membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Mesti ramai diantara kita yang menjalankan ibadah wajib puasa Ramadhan tanpa tahu asal mula disyariatkannya puasa ini. Untuk memantapkan ibadah ini, kita hendaklah mengetahui sejarahnya. Dan mungkin ada sejarah tentang puasa yang kita tidak tahu?

Amalan puasa sebelum datangnya Islam:

• Umat Yahudi juga berpuasa. Caranya bukan hanya sekedar menahan minum dan lapar dari fajar hingga waktu petang saja. Mereka juga melaksanakan puasa dengan cara berbaring di atas pasir dan debu.

• Dan di masa jahiliyah, penduduk Quraisy juga mentradisikan untuk berpuasa di Bulan Asyura’ dan Rasulullah pun pernah melakukannya.

Bermulanya sejarah puasa ini adalah pada zaman Nabi Adam lagi. Tragedi pokok Khuldi, Nabi Adam bertaubat dan melaksanakan puasa selama 3 hari dalam satu bulan. Ada juga yang menyebut Nabi Adam hanya melakukan puasa khusus pada hari Jumaat untuk mengenang peristiwa penting.

”Sesungguhnya Allah menjadikan Adam pada hari Jumat, diturunkan di bumi pada hari Jumaat, dia bertaubat kepada Allah atas dosanya memakan buah khuldi pada hari Jumaat dan wafat pun pada hari Jumaat,” (HR Bukhari).

Nabi Daud juga biasa berpuasa secara berselang, iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa: “Puasa yang paling disukai Allah adalah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Beliau biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Beliau berbuka sehari dan berpuasa sehari,” (Muttaqqun ‘alaih).

Bermulanya puasa Ramadhan yang kita lakukan sehingga sekarang ini adalah dari Hadis Rasulullah SAW: Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”

Banyak lagi kisah disebalik puasa ni kalau nak diceritakan . Setiap sesuaty yang diperintahkan oleh-Nya pasti akan mendatangkan seribu satu kebaikan kepada kita sebagai umat.


0 comments:

share2