Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 20, 2017

[JERANTUT] SKRIN BESAR DI TAMAN I-CITY SEMPENA PIALA FA


Skrin besar di Taman i-City sempena Piala FA


Penyokong boleh sepak di daerah ini yang tidak berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan pertembungan antara pasukan Pahang dan Kedah malam ini tidak perlu bersedih berikutan perlawanan itu boleh ditonton di Taman i-City, di sini.

Ahli Parlimen, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, orang ramai boleh melihat pasukan bola sepak kegemaran mereka merebut Piala FA melalui tayangan skrin besar di taman rekreasi utama bandar itu.

“Pejabat Parlimen Jerantut menyediakan tayangan skrin besar bertempat di taman rekreasi utama bandar ini bagi membolehkan semua penduduk Jerantut dapat menyaksikan perlawanan final tanpa sebarang had.

“Orang ramai dijemput memeriahkan lagi tayangan Perdana Piala FA ini dan bersama-sama memberi sokongan untuk pasukan kita,” katanya yang turut akan bersama-sama memeriahkan tayangan itu.

Ahmad Nazlan berkata, penonton juga akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang akan disediakan pada tayangan itu.

“Dalam masa sama, kita menaja enam bas penyokong pasukan Pahang ke Stadium Shah Alam esok (hari ini) sebagai tanda sokongan Parlimen Jerantut terhadap pasukan Tok Gajah, sekali gus berharap pasukan itu dapat mengulangi kejayaan merangkul Piala FA, tiga tahun lalu,” katanya.

Dala pada itu, pemilik restoran Syukran26_Cafe, Mohd Zahrul Effendy Zulkifli, 26, turut tidak melepaskan peluang membuka layar skrin besar bagi penyokong pasukan Pahang menonton perlawanan itu.

“Membuka layar skrin dapat memberi peluang kepada pelanggan menikmati juadah sambil menonton perlawanan beramai-ramai di restoran ini,” katanya.


0 comments:

share2