Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 10, 2017

PEKERJA RESTORAN DITAMPAR BUAT LAPORAN POLIS


Pekerja restoran ditampar buat laporan polis


Kajang – Seorang pekerja sebuah restoran di Bandar Sungai Long, di sini, tampil membuat laporan polis selepas video dirinya dipukul oleh majikannya tular di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Sabtu lalu, mangsa yang sedang bekerja telah ditampar di muka oleh dua lelaki, salah seorang daripada mereka adalah anak saudara majikan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa telah dilemparkan kata-kata ugutan.

Menurutnya, mangsa dikatakan pernah dipukul oleh majikannya tetapi tidak membuat sebarang laporan polis.

“Punca kejadian disebabkan mangsa tidak mengikut arahan majikan semasa berkerja.

“Mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Kajang dan tiada sebarang kecederaan serius direkodkan,” katanya

.
Rakaman mangsa (berbaju merah) dipukul tular di media sosial.

Beliau berkata, tujuan mangsa membuat laporan polis kerana video kejadian terbabit telah tular di media sosial.

Katanya, pihaknya telah mengenal pasti kedua-dua individu yang terlibat dalam kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.


0 comments:

share2