Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 10, 2017

MAUT JATUH HOTEL LEPAS MAKAN 'CENDAWAN AJAIB'


Cendawan ajaib


Bali - Seorang warga Singapura maut terjatuh dari bilik hotelnya selepas meminum minuman yang dicampur 'cendawan ajaib' dan jus oren di pulau Bali.

Pelajar yang berusia 23 tahun itu, dikenal pasti oleh media Indonesia sebagai Ong Chee Seng dilaporkan jatuh dari Hotel Terrace di Badung, Bali pada hujung minggu.

Laman Berita Indonesia, Tribun Bali melaporkan, Chee Seng dilaporkan makan cendawan psilocybin atau lebih dikenali sebagai 'cendawan ajaib' yang dicampur dengan jus oren dan membuatnya khayal.

Mayatnya ditemui dilorong belakang Hotel Akmani, Jalan Legian Kuta Badung dan dibawa ke hospital BIMC di Kuta.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri memberitahu The Strait Times, Kedutaan Singapura di Jakarta memberikan bantuan kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Kuta, Wayan Sumara berkata, mangsa yang juga merupakan pelajar maut serta merta sebaik jatuh.

Rakan mangsa yang juga rakan sekelasnya berkata, mereka membeli minuman 'cendawan ajaib' di luar hotel pada petang Sabtu.

Mangsa mencampurkan cendawan berkenaan dengan jus oren sementara rakannya itu mengunakan coklat sebagai campuran.

Tidak lama selepas itu, mangsa berkata, dia mahu terjun, namun rakannya cuba untuk menghalangnya, kata polis.

"Saksi terlepas pegangan pada mangsa yang melompat ke lorong belakang Hotel Akmani," kata Sumara.

Warga Singapura itu tiba di Bali pada 5 Mei dan merancang untuk mendaftar keluar dari hotel berkenaan pada tengah hari 7 Mei.

Polis berkata, mereka masih menyiasat kes itu. Pesuruhjaya Polis Denpasar Hadi Purnomo berkata, penguatkuasaan undang-undang telah mengambil usaha untuk membasmi perdagangan cendawan ajaib di Bali, tetapi ia menjadi 'agak sukar.'

"Kami telah melakukan pelbagai usaha, membuat serbuan dan sebagainya," kata Purnomo.

Polis sebelum ini telah bertolak ansur terhadap penjualan cendawan ajaib di Bali, tetapi mengharamkannya semula pada tahun 2014, kerana ia telah dikelaskan semula sebagai narkotik jenis 1, menjadikan ia dalam kelas jenayah.


0 comments:

share2