Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 27, 2017

PEGAWAI GUAN ENG DITAMPAR

Pegawai Guan Eng ditampar ketika perhimpunan aman



GEORGETOWN - Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad ditampar oleh seorang warga emas ketika himpunan aman selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Enam, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Insiden berkenaan menyebabkan berlaku sedikit kekecohan dalam himpunan bantahan campur tangan pemimpin DAP dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

Kejadian berlaku apabila Zaidi yang mendengar ucapan Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mempersoalkan ucapan Hafiz.

“Saya berada di masjid ketika itu dan Hafiz menuduh kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa negeri. Jadi saya bertanya kepada dia fatwa mana yang dicampuri.

"Saya cuma nak tau fatwa mana yang kerajaan neger campur tangan, tapi tiba-tiba kena serang," katanya.

Bagaimanapun, kekecohan itu dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian.




0 comments:

share2