Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 22, 2017

NEKAD LAPOR PERBUATAN JIJIK BAPA ANGKAT


Rogol


Melaka - Seorang remaja perempuan terpaksa memendam perasaan selama 5 tahun apabila dia diperkosa bapa angkatnya sejak berumur 9 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kerana tidak sanggup berhadapan kejadian itu lagi, mangsa,14, nekad berjalan lima kilometer dari rumahnya di Sungai Rambai, Jasin ke Balai Polis Merlimau, 8 malam tadi untuk membuat laporan polis.

Mangsa nekad berbuat demikian selepas bapa angkatnya melakukan perkara sama terhadapnya sebanyak dua kali dalam kejadian 4.50 pagi semalam.

“Susulan laporan, kami ke rumah keluarga angkat mangsa dan menahan suspek yang berusia 45 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

“Mangsa pula dibawa ke Hopital Melaka untuk menjalani pemeriksaan. Hasil daripada pemeriksaan tersebut, pegawai perubatan menemui kesan koyakan lama pada kemaluannya," katanya.

Beliau berkata, mangsa mendakwa bapa angkatnya melakukan perbuatan itu ketika ibu angkatnya yang juga seorang penjawat awam menghadiri kursus.

"Buat masa sekarang pihak kami sudah mendapat kebenaran tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap lelaki terbabit bagi membantu siasatan," katanya.


0 comments:

share2