Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 21, 2017

KEKALAHAN PASUKAN PAHANG TIDAK MENGECEWAKAN PEMINAT


Image result for pahang vs kedah 2017



Kekalahan Pahang kepada Kedah 2 - 3 dalam final Piala FA semalam tidak mengecewakan peminat dan penyokong pasukan Pahang sebaliknya rata-rata mereka berpuas hati.
Corak perlawanan yang mantap terutamanya pada saat-saat akhir serta semangat enggan mengalah dan tidak berputus asa sangat disanjung tinggi.
Seandai perlawanan itu diulang semula dan Pahang bermain dengan 11 orang pastinya keputusan akan berubah dan memihak kepada pasukan Pahang.
Kehadiran pemain impot baru pasukan Pahang (Yamil Romero) yang masih belum ada keserasian dengan pasukan juga mampu ditingkatkan sekiranya ada lebih banyak masa untuk latihan bersama.
Pemain yang bertindak kasar (Fransisco insa) sehingga diberikan kad merah dan dibuang padang patut disingkirkan. Corak permainan demikian tidak diperlukan dalam pasukan Pahang.
Pasukan Pahang bukan sahaja perlu menang dalam pertandingan tetapi perlu menang dengan bersih dan bergaya. Bolasepak harus dilihat cantik dan ada seninya tersendiri.

Azam Abd Rahman
Pemerhati Bolasepak Pasukan Pahang.



0 comments:

share2