Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 21, 2017

10 ANAK MALAYSIA TAMATKAN KAYUHAN ANNAPURNA


10 anak Malaysia tamatkan kayuhan Annapurna


Kathmandu - Seramai 10 peserta Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit 2017 melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records sebagai 'First Group to Cycle to High Altitude Track' di Banjaran Himalaya, apabila berjaya menamatkan ekspedisi kayuhan sejauh 260 kilometer di Pokhara, semalam.

Ketua ekspedisi, Shamsudin Ismail berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun mereka bersyukur apabila berjaya menamatkan ekspedisi dengan jaya dan selamat.

"Sepanjang pelaksanaan misi ini antara cabaran paling getir ketika mengharungi puncak tertinggi Thorong La Pass dan pasukan berjaya menghadapinya dengan semangat kerjasama pasukan.



"Alhamdullilah, walaupun salah seorang daripada peserta menghadapi tahap penyakit akut gunung (AMS) yang agak teruk,kami 10 peserta masih mampu untuk bersama-sama menjejakkan kaki ke laluan antara gunung tertinggi di dunia," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Jelasnya, pasukannya berdepan kesukaran untuk berkayuh dan terpaksa memikul , menolak basikal di kebanyakan laluan mendaki.

"Tidak dinafikan, memikul tanggungjawab sebagai ketua ekspedisi merupakan tugas berat . Namun kekuatan mental , kerjasama yang diberikan sembilan peserta lain membolehkan Shamsudin dapat melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Dalam pada itu, salah seorang peserta wanita Puteri Nabilah Megat Idris berkata, latihan intensif selama 4 bulan banyak membantu terutamanya pada ketinggian 2,500 meter ke atas.

Sementara itu, majlis rasmi penyerahan sijil Malaysia Book of Records disampaikan oleh wakil kedutaan Malaysia di Nepal, Ahmad Phadil Ismail kepada ketua ekspedisi yang disaksikan Pengerusi Majlis Rekreasi Malaysia, Muhamad Nur Azrul Che Zabani.

10 peserta Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit 2017 melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records sebagai 'First Group to Cycle to High Altitude Track' di Banjaran Himalaya, apabila berjaya menamatkan ekspedisi kayuhan sejauh 260 kilometer di Pokhara pada Sabtu.

Terdahulu, Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit 2017 yang dilaksanakan oleh 7 peserta lelaki dan 3 peserta wanita dari Majlis Rekreasi Malaysia (MRM) telah menjayakan misi pada 4 mei hingga 21 Mei yang bermula dari Besisahar berakhir di Pokhara, Kathmandu Nepal.


0 comments:

share2