Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 15, 2017

YEPS PERLUKAN SUMBANGAN SEMPENA RAMADAN


Yeps perlukan sumbangan sempena Ramadan


Kepala Batas - Yayasan Ehsan Permatang Sintok (Yeps) mengalu-alukan sumbangan berupa barangan kering kepada pihaknya untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan dalam siri sumbangan yang bakal diadakan pada Ramadan ini.

Pegawai Operasi Yeps Syafik Asyraf Haris berkata, sumbangan yang diterima ini bakal diagihkan dalam siri jelajah kebajikan yang diadakan kelak.

“Antara barangan yang diperlukan untuk sumbangan itu nanti termasuklah beras, gula, minyak, kopi, teh serta barangan kering yang lain.

“Buat masa ini, sumbangan yang diterima agak menggalakkan daripada masyarakat sekitar Kepala Batas ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, berkaitan program yang diadakan pada Ramadan ini, pihaknya akan mengadakan sumbangan ke 50 buah rumah di sekitar kawasan Seberang Perai Utara.

“Mengikut perancangan Yeps, kita akan adakan sumbangan sebelum puasa sebagai persediaan menghadapi bulan puasa dan anggaran nanti melibatkan 25 buah rumah.

“Manakala, 25 buah rumah lagi akan disumbangkan dalam siri ziarah sumbangan sebelum menyambut Aidilfitri,” katanya.

Sehubungan itu katanya, melalui program ini, pihaknya memerlukan sejumlah besar barangan keperluan dan mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk menjayakan program ini.

“Secara tidak langsung dengan bantuan yang dihulurkan ini, ianya memberikan sinar kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan dan pada masa sama membantu mereka.

“Orang ramai yang berminat untuk menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Mohd Roshidi di talian 012-5531955 atau hadir terus ke Pusat Operasi Yeps yang terletak di Pekan Permatang Sintok,” katanya.


0 comments:

share2