Wakil-wakil Rakyat pembangkang cuba membuah kecoh bagi menghalang atau melewat-lewatkan pembentangan Undang-Undang RUU 355 oleh Wakil Rakyat Marang.
Rang Undang-Undang (pindaan) RUU 355 (Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Kuasa Jenayah) yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang bukanlah rang undang-undang baharu. Ianya adalah pindaan kepada rang undang-undang sedia ada yang telah diluluskan pada tahun 1965 dan hanya dipinda pada tahun 1984.
Rang undang-undang ini hanya terpakai kepada orang-orang Islam dan tidak terpakai kepada mana-mana orang yang bukan Islam. Ahli-ahli Yang Berhormat bukan Islam dan rakyat bukan Islam seharusnya tidak perlu bimbang kepada implikasi yang dicadangkan.
Cadangan akta ini dipinda bagi memperkasakan Mahkamah Syariah kerana bidang kuasanya sekarang ini sangat terbatas. Justeru itu, pindaan rang undang-undang ini adalah bertujuan bagi memperkasakan agama Islam itu sendiri di negara kita. Yang nyata adalah undang-undang Islam dilihat sebagai lebih rendah martabatnya berbanding dengan undang-undang sivil.
Yang penting kita kena jelas bahawa RUU 355 bukanlah perlaksanaan Hukum Hudud atau asas kepada perlaksanaannya. Ianya juga adalah satu cadangan untuk menyeragamkan dan tidak menimbulkan diskriminasi serta kertidakadilan hak kepada warga negara Malaysia kerana berlainan agama.
Perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang seakan cuba menghalang pembentangan Rang Undang-Undang 355 itu walaupun dibolehkan sebagai peraturan mesyuarat namun sangatlah dikesalkan.
Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan” namun apa yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang seolah-olah menidakkan keutamaan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
0 comments:
Post a Comment