Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 5, 2017

[TEMERLOH] MINTA TNB ALIH TIANG TENGAH JALAN

Minta TNB alih tiang elektrik di tengah jalan



Penduduk kampung di sini meminta kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalihkan sebatang tiang elektrik milik mereka yang berada di tengah jalan kerana menyukarkan pengguna jalan raya di sini.

Penduduk Abdullah Ali, 54, berkata, tiang elektrik itu berada di tengah jalan selepas kerja melebar dan menurap jalan di Kampung Padang Tenggala di simpang masuk menuju ke kuarters JKR Seberang Temerloh.

“Nombor tiang yang ada sudah tidak kelihatan, kami hanya bagi petunjuk kedudukan tiang ini berhampiran bawah jambatan Temerloh di Kampung Padang Tenggala.

“Sebelum ini tidak ada masalah tetapi apabila kerja melebar jalan dilakukan tiang itu berada di tengah jalan dan sudah tentu mengundang masalah kepada pengguna jalan raya.

“Kedudukannya di simpang masuk jalan juga sudah tentu mendatangkan bahaya, kami harap TNB beri kerjasama mengalihkan tiang ini,” katanya kepada Sinar Harian.




0 comments:

share2