Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 5, 2017

SUSPEK SERANGAN ST. PETERSBURG DIKENAL PASTI

Suspek serangan St Petersburg dikenal pasti



ST PETERSBURG - RUSIA. Suspek serangan kereta api bawah tanah yang mengorbankan 11 nyawa adalah berasal dari Kyrgzstan dan memperoleh kewarganegaraan Rusia, kata perkhidmatan keselamatan negara Asia Tengah itu.

Seramai 49 cedera dalam letupan di antara dua stesen bawah tanah pada petang Isnin.

Perkhidmatan keselamatan Kyrgyz mengenal pasti pengebom sebagai Akbarzhon Jalilov yang dilahirkan di Osh pada tahun 1995.

Terdapat laporan bercanggah mengenai sama ada dia adalah seorang pengebom berani mati

Media kerajaan Kyrgyz berkata perkhidmatan keselamatan negara itu meneruskan hubungan dengan perkhidmatan rahsia Rusia untuk siasatan lanjut.

Susulan kejadian, pihak berkuasa di Saint Petersburg mengisytiharkan tiga hari berkabung.

Sementara itu, Presiden Vladimir Putin, yang berada di bandar ketika letupan itu berlaku, melawat tempat kejadian pada petang Isnin.

Laporan awal menyatakan terdapat dua letupan, masing-masing satu di stesen Sennaya Ploshchad and Tekhnologichesky Institut namun Jawatankuasa Anti pengganas kemudian disahkan hanya terdapat satu letupan antara kedua dua stesen kira-kira 2.30 petang waktu tempatan.

Menteri Kesihatan Veronika Skvortsova berkata 10 orang telah meninggal dunia - tujuh di tempat kejadian, satu dalam ambulans dan dua di hospital. Angka kematian itu kemudiannya dinaikkan kepada 11 orang.

Andrei Przhezdomsky, ketua Jawatankuasa Anti-pengganas Negara, berkata letupan itu disebabkan oleh 'bahan letupan yang tidak dikenal pasti'.

Sistem metro St Petersburg, yang digunakan oleh lebih daripada dua juta penumpang setiap hari.




0 comments:

share2