Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 28, 2015

HINA HADI: PAS CABAR DAP KELUAR PR


Hina Hadi: Pas cabar DAP boleh keluar PR


Kuala Lumpur - Pas Wilayah Persekutuan hari ini, mencabar DAP untuk keluar dari PR sekiranya enggan menarik kembali kenyataan menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad berkata, atas semangat setia kawan tidak sewajarnya pemimpin dalam perikatan menghina pemimpin parti lain dalam perikatan sama.

"Sebab itu Pas Wilayah Persekutuan menggesa supaya DAP segera tarik balik kenyataan mereka berhubung dengan Tuan Guru sekiranya benar mereka ingin kekal dalam PR.

"Sekiranya mereka masih lagi bersikap demikian, mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina presiden kami, kami cabar DAP keluar dari PR. Kerana tidak boleh sama sekali atas sifat setia kawan, kawan dalam PR menghina pemimpin parti yang bersama-sama dalam pakatan," katanya pada sidang media pada Konvensyen Pas Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pihaknya sepakat untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi.

Dalam pada itu, Mohamad Noor berpendapat, kenyataan Guan Eng itu biadab malah menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak siuman.

"Kami menyeru supaya tidak ada lagi kenyataan-kenyataan yang boleh menyebabkan retaknya hubungan PR.

"Kenyataan Lim Guan Eng adalah biadab dan tidak 'reti bahasa' (tidak faham bahasa). Kenyataan itu dikeluarkan oleh orang yang tidak siuman kerana mana mungkin memutuskan hubungan dengan Hadi yang merupakan Presiden Pas tapi pada masa sama mengekalkan hubungan dengan Pas. Bukankah itu tidak rasional?," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat pimpinan DAP bongkak selepas memenangi lebih banyak kerusi di Parlimen dan Dun pada pilihanraya umum yang lalu.

"Pimpinan DAP sudah bongkak, sombong kerana mereka banyak memenangi kerusi di Parlimen dan Dun dalam PRU lalu. Tapi DAP mesti ingat bahawa sebahagian daripada kemenangan itu adalah hasil sokongan ahli Pas di kawasan-kawasan tersebut.

"Jadi, jangan rasa yakin sangat dalam pilihanraya akan datang jika sekiranya ahli Pas tidak menyokong...tidak mungkin DAP dapat menang seperti mana DAP menang sebelum ini," katanya.

2 comments:

  • Anonymous says:
    March 28, 2015 at 11:12 PM

    Salam Bro,aku perati PAS dan DAP ni asyik cabar mencabar aje.Buatnya tidak.Ni lebih kurang sama bahalol !

  • Anonymous says:
    March 29, 2015 at 12:31 AM

    Cabar mencabar antara PAS dan DAP serupa budak-budak bergaduh --- macam dalam cerita P.Ramlee DoReMi di pejabat buruh....ini kepala bapak engkau, ini kepala bapak aku. Nak Tanya mamat PAS nie. Kalau DAP keluar Pakatan PKR macam mana? PKR kekal bersama DAP atau PKR keluar ikut DAP? Kalau nak ikut "influence dan sentiment", PKR akan ikut DAP. Maka PAS akan tinggal lah "teloq" tergantung sorang-sorang dalam Pakatan. Dah tinggal satu parti masih Pakatan ker? Kelakar dan scenario bodoh giler kan? Oleh yang demikian, PAS lah buat keputusan keluaq Pakatan. Apa yang akan PAS rugi? (cuma ahli Pasma lah yang meraung kerugian). PAS akan lebih beruntung kalau bo;eh dapat berkerja sama dengan UMNO.

share2