Sebahagian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Peserta
Satu pertemuan telah diantara Kerajaan Pahang dengan Pengusaha Bijih Besi dan Boksait telah diadakan pagi semalam Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan.
Pertemuan itu diadakan bagi menyelesaikan masalah pencemaran yang teruk yang berlaku disekitar kawasan perindustrian Gebeng akibat dari operasi berkaitan Bijih Besi dan Boksait.
Dalam sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas pertemuan itu, YAB Menteri Besar Pahang menyatakan persetujuan bersama telah dibuat bagi tujuan menyelesaikan masalah tersebut yang dilihat semakin kritikal.
Pertama, mulai hari ini kesemua lori-lori mengangkut bijih dan boksait tidak lagi dibenarkan menggunakan jalan yang biasa digunakan, sebaliknya hanya akan menggunakan jalan 'Gebeng Bypass' bagi mengelakkan pencemarqn terus berlaku.
Kedua, semua longgokan Bijih Besi dan Boksait yang ada di Gebeng akan di pindahkan dalam masa 2 bulan dan kawasan berkenaan akan di kosongkan. Pengusaha perlombongan tidak lagi dibenarkan menyimpan longgokan Bijih Besi dan Boksait dikawasan sedia ada sebaliknya akan mendapatkan kawasan baharu untuk tujuan itu.
Pada hari ini juga dijangkakan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan memulakan usaha membersihkan jalan yang terlibat dengan pencemaran berkenaan. Masa selama diantara 2 minggu ke sebulan dijangkakan diperlukan bagi tujuan berkenaan dengan kos 130 ribu yang akan disumbangkan oleh pihak pengusaha.
YAB Menteri Besar juga memaklumkan selepas ini syarat-syarat kerkaitan penyimpanan (Stock Pile) dan lori pengangkut Bijih Besi dan Boksait juga akan diperketatkan bagi memastikan sebarang pencemaran tidak akan berlaku lagi. Jika pihak pengusaha gagal melaksanakannya berkemungkinan sebarang operasi berkaitan dengan Bijih Besi dan Boksait akan terpaksa dihentikan.
Peta laluan lori dari Gebeng ke Pelabuhan seperti yang dipersetujui
Berkenaan dengan kos tu bukan RM130 juta tapi RM130,000..hati2 bila melaporkan..satu lagi eja bauksit pon salah..
Terima kasih tuan..
1. Benar, kos RM130 ribu dan bukan RM130 juta ... sudah diperbetulkan.
2. Ejaan Inggerisnya .. Bauxite.. namun saya keliru dengan ejaan Melayunya kerana ada beberapa ejaan yang diguna pakai antaranya..bauksit, dan boksait (yang digunakan dalam penulisan ilmiah - rujuk artikel tulisan Zakaria Awang Ali ~ http://journalarticle.ukm.my/4659/1/Nik_Hassan_Suhaimi_7-8.pdf
3. Memang sedikit keliru terutama bagi perkataan yang jarang digunakan...
4. Tetapi ejaan 'pun' tuan juga salah.. bukan 'pon' ... walaupun ianya perkataan yang sering digunakan. Jadi tuan juga perlu hati-hati dan perbaikinya.
~ Editor.