Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 24, 2017

SEMBUNYI DUIT ROMPAKAN DALAM SELUAR DALAM


Sembunyi duit rompakan dalam seluar dalam


Yangon - Dua lelaki warga Georgia ditahan di lapangan terbang Myanmar bersama-sama wang tunai AS$ 90,000 (RM396,000) disembunyi dalam seluar dalam yang dicuri dari pengurup wang tempatan.

Pegawai berkata, lelaki pertengahan umur yang dikenali sebagai Janjgava Revas, 64, dan Narmania Malkhaz, 51, melarikan wang dari pejabat pertukaran wang pada Jumaat di Yangon, Myanmar.

"Mereka ditemui di lapangan terbang Yangon dengan wang tunai AS$90,000 dalam seluar dalam mereka," kata satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi polis Yangon dipetik AFP

Kedua-dua mereka didakwa menipu pengurup wang dengan mengambil AS$90,000 sebelum mereka menyerahkan jumlah yang sama dalam matawang tempatan Kyat

"Mereka memberitahu saya bahawa mereka akan kembali dengan mata wang tempatan," kata pengurup wang, Zaw Win.

Menurut Zaw, dua warga Geogia itu meninggalkan beg yang didakwa mereka mengandungi dolar AS dan berjanji akan kembali semula.

"Namun ketika membuka beg berkenaan, saya menyedari lelaki itu mengambil sebahagian besar wang tunai berkenaan," katanya.


0 comments:

share2