Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 11, 2017

[ROMPIN] PASANGAN REMAJA DITAHAN DI HOTEL BAJET


Pasangan remaja ditahan di hotel bajet


Sepasang kekasih ditahan pasukan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin selepas disyaki berduaan dalam bilik di sebuah hotel bajet, di sini, sekitar jam 3 pagi, Jumaat lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Adnan Mamat, berkata, operasi itu dilakukan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.

"Pasangan kekasih itu merupakan remaja berusia 19 tahun dan keduanya pelajar di sebuah kolej kemahiran di sini.

"Serbuan dilakukan pada jam 3.45 pagi mendapati mereka berdua berada dalam bilik, hasil siasatan mereka dipercayai telah melakukan persetubuhan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Adnan berkata, pasangan itu ditahan atas kesalahan khalwat dan persetubuhan luar nikah, mereka telah dibebaskan dengan bon jaminan penguatkuasa serta dikehendaki hadir pada tarikh yang tertera pada bon.

Dalam pada itu, Adnan turut menegaskan agar ibu bapa memainkan peranan dengan sentiasa memantau aktiviti dan memastikan anak-anak tidak terlibat dengan perbuatan maksiat.

Beliau turut menyeru kepada masyarakat agar melapor kepada penguatkuasa Paid berhampiran sekiranya melihat aktiviti maksiat agar gejala itu dapat dicegah atau diatasi.


0 comments:

share2