Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 11, 2017

PROVOKASI POLITIK KOTOR RAFIZI PERLU DIHENTIKAN


Rafizi


Kota Bharu - Provokasi politik kotor yang dibuat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai tuduhan Pas menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dihentikan segera.

Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Arif Abdullah berkata, tuduhan yang tidak berbukti itu sebenarnya hanya mainan politik parti tertentu untuk memecah-belahkan kepercayaan penyokong kepada parti Islam itu.

Malah, beliau memberitahu, ini bukan kali pertama pemimpin itu cuba memburukkan nama Pas dengan mengaitkan dengan pemberian dana, sekali gus membuktikan ia hanya sengaja dibuat untuk menimbulkan persepsi negatif kepada parti itu.

“Ini bukan kali pertama, dah masuk tiga kali tuduhan yang hampir sama dilemparkan kepada Pas. Jelas bahawa motif sebenar mereka adalah untuk menghakis kepercayaan penyokong kepada Pas. Memang pada mulanya isu ini dimainkan, penyokong mungkin agak gusar.

“Namun kini setelah pelbagai kenyataan berbeza dikeluarkan dengan isu yang hampir sama, saya yakin penyokong sedar, mereka sudah kenal, sudah tahu dan akan menolak perkara tersebut. Mereka tahu siapa yang berada di pihak yang benar,” katanya kepada media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Rafizi yang mendakwa Pas menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Individu yang menerima dana itu dibayangkan sebagai bekas pemimpin kanan Pas.

Bagaimanapun, sehingga kini identiti tersebut masih belum didedahkan.

Menurutnya, tindakan putar belit isu, dan percanggahan dalam isu dana tersebut amatlah dikesali dan ia dilihat sebagai langkah untuk memburukkan nama Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam di negara ini.

"Pemuda Pas yakin, dengan perjuangan yang dibawa sehingga kini, penyokong masih istiqamah dan memberi sepenuh kepercayaan kepada parti itu berbanding terus bermimpi dalam dunia ciptaan mereka yang tidak berpuas hati dengan Pas," katanya.


0 comments:

share2