Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 20, 2017

PROGRAM 'KESEJAHTERAAN EMOSI' DAPAT SAMBUTAN


Program 'kesejahteraan emosi' dapat sambutan


Ipoh - Dianggarkan 500 menghadiri Program Kesejahteraan Emosi 2017 'Bridge To A Better Life' Jauhi Tekanan: Rumahku Syurgaku di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan pagi tadi.

Program anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) itu turut mengundang penceramah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias, Prof Dr Rahmatullah Khan Abd Wahab Khan dan Dr Mohd Rahim Kamaluddin selaku moderator program berkenaan.

Secara keseluruhannya, program berkenaan banyak membincangkan berhubung kaedah untuk menjauhi tekanan dan seterusnya menikmati kehidupan yang bahagia.

Program berkenaan turut melibatkan sesi soal jawab antara hadirin serta ahli-ahli panel.

Selain itu, beberapa gerai jualan seperti produk kraftangan, makanan serta solekan turut diadakan sempena program berkenaan.


0 comments:

share2