Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 21, 2017

NAJIB, ISTERI ZIARAH TENGKU ABDULLAH


najib ziarah Tengku Abdullah


Ampang - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadap menziarahi Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang baharu menjalani pembedahan kecil di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Najib dan isteri tiba di hospital di Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu kira-kira jam 4.15 petang semalam sebaik selesai menghadiri tugas rasmi di Temerloh.

Tengku Abdullah yang ditemani Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjalani pembedahan pada bahagian buku lali kaki kanan selepas dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 15 April lalu.

Baginda perlu menjalani pembedahan itu atas nasihat doktor selepas ujian imbasan (CT scan) di bahagian buku lali yang menyebabkan kesakitan serius.

Tengku Abdullah bertitah merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sudi meluangkan masa menziarahi walaupun dalam kesibukan tugasan harian.

"Terima kasih kepada Datuk Seri Najib serta isteri, kepada mereka yang menziarahi saya dan bertanya khabar. Terima kasih kepada semua terutama rakyat jelata yang mendoakan saya," katanya.

Dalam kunjungan selama satu jam itu, Najib menasihati baginda supaya berehat secukupnya agar pulih dan sihat seperti sedia kala.


0 comments:

share2