Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 14, 2017

[MARAN] ANAK CARI WALI UNTUK PERNIKAHAN


Anak cari wali untuk pernikahan


Seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinannya Julai tahun ini buntu dan sedih kerana gagal menghubungi ayah kandungnya walaupun telah diusahakan pelbagai cara sejak Mac lepas.

Sehubungan itu, pembantu kedai makan, Nurul Aziefa Abdul Aziz, 31, dari Bandar Pusat Jengka di sini, merayu bapanya atau sesiapa yang mengenali Abdul Aziz Ibrahim, 53, dapat menghubunginya secepat mungkin.

"Ayah dan mak bercerai ketika saya berumur tiga tahun. Sejak itu saya tinggal dengan mak di Bandar Pusat Jengka. Ayah pula menetap di Padang Lalang Temerloh.

"Saya berhubung dengan ayah pada usia 17 tahun sehingga Mac tahun ini. Waktu itu ayah menetap di Temerloh dan alamat terakhirnya di Rembau Negeri Sembilan. Saya pernah beritahu dia saya nak kahwin.

"Dia OK dan gembira dengan khabar ini tetapi sejak Mac lepas dia dah tak dapat dihubungi," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.


0 comments:

share2