Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 14, 2017

‘KANTOI' TIADA DOKUMEN PENGENALAN DIRI


‘Kantoi’ tiada dokumen pengenalan diri


Klang - Nasib tidak menyebelahi tiga lelaki warga asing selepas ‘kantoi’ tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua mereka yang sedang menaiki feri ini ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor di Perairan Pelabuhan Klang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 12 tengah hari ketika pihaknya sedang melakukan rondaan di sekitar perairan tersebut.

“Ketika rondaan, anggota Maritim telah memeriksa sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang.

“Hasil daripada pemeriksaan ke atas semua penumpang feri tersebut, dapati tiga penumpang berusia lingkungan 25 hingga 28 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah, “ katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga mereka ini kemudian dibawa ke jeti Maritim Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri atau perjalanan yang sah.

“Maritim akan meneruskan operasi sebegini bagi membendung dan membanteras Pati yang menggunakan laluan laut sebagai medium keluar dan masuk dari Malaysia. Pihak kami berharap sekiranya terdapat aduan atau kecemasan di laut, orang ramai dapat memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia di talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim,” katanya.


0 comments:

share2