Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 14, 2017

KENYATAAN RAFIZI BERNIAT JAHAT FITNAH PAS!


Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa


Kuala Lumpur – “Tuduhan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya dan PAS,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa.

Beliau yang merupakan bekas Naib Presiden PAS menegaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk bayaran atau sumbangan seperti terkandung dalam tuduhan tidak berasas melalui Kenyataan Bersumpah (SD) pemimpin PKR tersebut.

Justeru, Nasharudin menegaskan beliau bahawa bukan sahaja bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan ke atas Rafizi.

“Dengan merujuk kepada kenyataan Rafizi bertarikh 13 April 2017, saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak ada kaitan dengan diri saya malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya dan PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi semalam mendakwa Nasharudin yang beliau kategorikan sebagai tokoh yang rapat dengan PAS menerima wang daripada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi membuat tuduhan secara terbuka bagi mengalih perhatian orang ramai daripada kisah penentangan PKR terhadap usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah yang menimbulkan kemarahan umat Islam Malaysia.

Tindakan PKR bersengkongkol dengan parti sekular DAP bagi menghalang pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) oleh PAS di Parlimen turut membuka mata umat Islam mengenai siapa PKR yang sebenarnya.

Bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara malah cuba memperbaiki keadaan dengan tiba-tiba mendakwa beliau menyokong RUU355, namun ramai pihak berpandangan ia sekadar menyerlahkan unsur hipokrit PKR.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini pernah mendedahkan tentang taktik pembangkang membuat tuduhan dan laporan kepada pihak berkuasa kononnya berlaku salah laku dalam kalangan pemimpin negara walaupun tanpa bukti yang sah.

Taktik membuat laporan kepada pihak berkuasa itu bagi mengundang kepercayaan orang ramai kononnya dakwaan itu adalah benar sekali gus menimbulkan persoalan sama ada mana-mana pihak dibenarkan untuk membuat sebarang laporan palsu demi menjatuhkan pihak lain.


0 comments:

share2