Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 14, 2017

[RAUB] KERAJAAN NEGERI TIDAK PILIH KASIH


Kerajaan negeri tidak pilih kasih


Walaupun kawasan terlibat merupakan kampung terpencil di luar bandar, kerajaan negeri tidak memilih kasih dalam penyaluran projek pembangunan kepada rakyat.

Adun Dong, Dato' Sri Shahiruddin Ab Moin berkata, menjadi matlamat utama kerajaan membangunkan kawasan luar bandar supaya komuniti setempat dapat menikmati pembangunan, sekali gus meningkatkan pendapatan.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah membezakan pembangunan kawasan dimenangi pembangkang malah tetap membangunkan kawasan terbabit.

“Peranan kerajaan adalah memberikan kemudahan kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik ataupun etnik.

“Tuduhan pembangkang kerajaan menganak tiri dan memilih kasih melaksanakan pembangunan adalah tidak benar sama sekali,” katanya 

Beliau berkata demikian ketika perjumpaan dengan penduduk kampung Temelian Ulu Dong Raub di sini, kelmarin.

Shahiruddin yang juga Exco Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri berkata, kerajaan tidak pernah mengambil kira tentang kos mahal atau murah bagi melaksanakan sesuatu projek di kampung dan mukim tetapi tetap melaksanakannya jika ia menjadi satu kepentingan.

Dalam pada itu beliau mengingatkan rakyat supaya sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan supaya segala perancangan dan projek dilaksanakan berjaya serta dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

“Saya menyarankan JKKK supaya proaktif dan mengemukakan senarai projek lebih awal untuk dipertimbangkan.

“Jika boleh segala laporan dan permohonan tersebut disertakan dengan data maklumat projek dan peruntukan supaya mudah bagi kerajaan membuat pertimbangan untuk kelulusan,” katanya

Beliau berkata, kira kira 85 peratus kampung atau mukim di dalam kawasan Dun Dong sudah mendapat kemudahan prasarana terutamanya jalan, bekalan elektrik, air bersih, padang permainan, projek pertanian, ekonomi, pendidikan, masjid dan surau.


0 comments:

share2