Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 20, 2017

[KUANTAN] 200 SYARIKAT MASIH GAGAL BAYAR CUKAI


200 syarikat masih gagal bayar cukai


Menerusi Ops Patuh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sebanyak 200 syarikat yang beroperasi dalam pelbagai sektor di negeri ini telah dikenal pasti masih aktif namun gagal menunaikan tanggungjawab membayar cukai sejak tiga tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Mahmood Daud berkata, syarikat terbabit didakwa gagal memulangkan Borang C bagi tujuan semakan cukai hasil.

Katanya, daripada kegagalan tersebut dianggarkan hasil pungutan cukai LHDN sebanyak RM40 juta.

“Kebanyakan syarikat tersebut terdiri daripada pelbagai bidang termasuk kilang pembuatan, perkhidmatan sama ada berhad mahupun sendirian berhad mempunyai aset bernilai tinggi.

“Hasil maklumat yang diperoleh adalah daripada siasatan dan juga semakan dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya.

Beliau berkata dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Kunjungan Mesra Hasil (Ops Patuh) Peringkat Nasional Siri Dua 2017, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau berkata, menerusi Ops Patuh tersebut, pihaknya komited dalam meningkatkan peratusan kutipan cukai langsung bagi negara termasuk meningkatkan tahap pematuhan cukai.

“Semua syarikat berkenaan akan dikunjungi dalam masa dua hari bermula hari ini (kelmarin) hingga esok. Kita akan keluarkan notis kepada syarikat terbabit dan mereka perlu mengemukakan Borang C.

“Kegagalan patuhi notis boleh dikena tindakan kompaun RM200 hingga RM2,000 bagi setiap borang nyata cukai pendapatan yang gagal dikemuka, dan boleh didakwa mengikut Subseksyen 120 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.


0 comments:

share2