Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 23, 2017

[JENGKA] 1,074 GRADUAN UITM DIRAI


Dr Mohd Nazip (kanan) menyempurnakan majlis penyampaian anugerah kepada graduan.


Seramai 1,074 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) diraikan dalam satu istiadat konvokesyen kampus tersebut, di sini.

Rektornya, Profesor Dr Mohd Nazip Suratman berkata, UiTM Pahang Kampus Jengka telah menjalankan istiadat tersebut buat kali yang ke-86.

"Istiadat yang terbahagi kepada tiga sidang itu diadakan sebagai simbolik graduasi bagi 128 penerima Ijazah Sarjana Muda; 946 penerima Diploma dan 34 orang penerima Anugerah Naib Canselor (Diploma).

"Mereka adalah penerima dari Fakulti Sains Gunaan (Sains dan industri perkayuan); Fakulti Sains Pentadbiran saan Pengajian Polisi; Fakulti Pengurusan Ladang dan Agroteknologi; Fakulti Sains Komputer dan Matematik; Kejuruteraan Awam; Seni Lukis dan Seni Reka; Fakulti Pengurusan Perniagaan; Hotel dan Pelancongan; Komunikasi Media; Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan ," katanya di Dewan Indera Segara UiTM, di sini.

Hadir sana, Pro-Canselor UiTM , Tan Sri Safri Awang Zaidell yang turut menyempurnakan istiadat penganugerahan.

Dr Mohd Nazip berkata, UiTM bukan sahaja meraikan para pelajarnya di dalam istiadat konvokesyen malah penerima anugerah yang memperoleh keputusan cemerlang dengan purata nilai gred (CGPA) 3.5 turut diraikan saban tahun dalam majlis makan malam khas dan menerima sijil penganugerahan.

"Ia sebagai simbolik yang akan mendorong mereka untuk terus berusaha dan berjaya bagi semester dan pengajian berikutnya.

"Selain itu, penerima akan terdorong memantapkan motivasi mereka untuk meneruskan kecemerlangan, juga menjadi contoh dan pemangkin kepada mahasiswa mahasiswi lain supaya berusaha menjadi seperti mereka.

"UiTM mahu menjadikan program sebegini sebagai platform merapatkan ukhwah antara pelajar, pensyarah, kakitangan dan pengurusan atasan UiTM Pahang," katanya.


0 comments:

share2