Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 13, 2017

TIDAK TOLAK KEMUNGKINAN KERJASAMA UMNO PAS

Najib Tun Razak




KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak sebarang kemungkinan kerjasama Umno dan Pas dalam konteks Kelantan boleh berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Bercakap dalam sidang media semasa menghadiri forum TN 50 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini, Presiden Umno itu berkata, apa yang penting ketika ini adalah usaha melakukan kerja dan membiarkan rakyat menilai.

Dalam masa yang sama beliau berkata, Umno tidak akan menggunakan perkataan "rampas Kelantan" ketika merujuk usaha mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Memang Umno Kelantan harapkan (ambil alih), kita tak mahu kata kita akan rampas balik Kelantan, itu tidak wajar, kita tampil Umno parti penuh tanggungjawab dan pentingkan sejahtera, kita sedia berkhidmat dan biar rakyat menilai," katanya.




0 comments:

share2