Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 13, 2017

SKANDAL RM30 BILION KUMPUL DANA PRU 14

Jamal Md Yunos.



KUALA LUMPUR - Beberapa lama menyepi, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini berkata, beliau akan membuat pendedahan terbaharu berkaitan skandal RM30 bilion membabitkan kerajaan Negeri Selangor dalam masa terdekat.

Jamal yang ditemui di ibu negara mendakwa, kerajaan Selangor kini semakin rancak mengumpul dana sebanyak itu melalui 'jalan salah' bagi kegunaan pada PRU14 nanti.

"Saya ada bukti bagaimana mereka (kerajaan Selangor) melakukan projek dalam negeri ini, iaitu melalui projek tak telus, melalui kroni untuk mendapatkan dana berjumlah sebesar itu bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita di Kelab Veteran Komando Kuala Lumpur, di sini.

Mengulas lanjut, Ketua Umno Sungai Besar itu berkata, pendedahan yang akan dibuatnya ini bagi memastikan duit kerajaan Selangor tidak disalahgunakan bagi tujuan peribadi dan tidak baik.

"Rakyat Selangor perlu tahu mengenai perkara ini," katanya lagi.

Mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengetahui mengenai dana tersebut, Jamal berkata, beliau akan menyerahkan bukti berhubung skandal RM30 bilion kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Azmin tahu pasal RM30 bilion... saya belum hantar lagi, tetapi saya berharap agar siasatan segera dilakukan selepas pendedahan saya," katanya.

Terdahulu, Jamal menerima watikah Ahli Kehormat Kelab Veteran Komando Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis penyerahan watikah pelantikan itu, disempurnakan Yang DiPertua kelab berkenaan, Datuk Mohd Ali Shamsuddin di Rumah kelab itu di Jalan Kelantan, di sini.




0 comments:

share2