Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 12, 2017

[JENGKA] HENTI GUNA NAMA FELDA ANJUR PROGRAM

Henti guna nama Felda untuk anjur program




Peneroka Felda Wilayah Jengka membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Pusat Jengka, di sini, petang tadi, bagi membantah penganjuran Konvensyen Felda di Shah Alam Selangor, 19 Mac ini.

Ketuanya, Sulaiman Bakar, 64, berkata, Konvensyen Felda bertajuk "Kelangsungan Felda melalui Pengupayaan dan Pendidikan" itu dikhuatiri mempengaruhi anak-anak peneroka yang berada di perantauan agar memusuhi Felda yang telah banyak membantu generasi pertama peneroka.

Menurutnya, program tersebut bukan program anjuran Felda tetapi dianjurkan pihak lain dengan menggunakan nama Felda.

"Laporan polis ini dibuat untuk membantah konvensyen itu kerana ia terang-terangan telah salah guna nama Felda. Untuk buat kebaikan tak mengapa, tapi kalau nak menghentam, mencari publisiti dengan memburuk-burukkan Felda, kami bantah.

"Kami selaku wakil kepada ketua-ketua peneroka rancangan membantah sebarang program bukan dari Felda tapi menggunakan nama Felda untuk elak salah faham," Katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Bandar Pusat Jengka, petang tadi.

Hadir sama, Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) Wilayah Jengka dan Ketua Peneroka dan Wakil Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Jengka.

Sulaiman berkata, program yang akan diadakan pada 19 mac di Shah Alam itu dilihat sebagai umpan untuk kepentingan politik sewata-mata.

"Dah tentu akan memburukkan dan mencari salah Felda semata-mata. Difahamkan kumpulan ini sudah memasuki Tanah Rancangan Felda dan menggunakan tajuk kempen Selamatkan Felda.

"Atas tiket parti dan politik, mereka nak anjur, anjurlah sebab kita negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Tetapi jangan guna nama Felda. Atas kesepakatan kepimpinan peneroka yang tertinggi, seperti Jawatan Kuasa Perunding Peneroka (JKPP) dan pemimpin pemimpin peringkat rancangan, kami minta hentikan memburuk-burukkan Felda untuk meraih sokongan politik," katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap anak-anak peneroka yang ada di sana, akan pergi dan terpengaruh dengan pemahaman yang salah yang diberikan terhadap Felda.

"Kami bimbang juga jika ada dalam kalangan anak anak peneroka di sana, apabila sebut Felda, mereka pergi dan akan berlaku salah faham.

"Harap supaya mereka berhenti menggunakan nama Felda. Supaya tidak menimbulkan salah Faham. Felda ini cuma satu di dunia dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya," katanya.




0 comments:

share2